Wednesday, November 21, 2012

EXIM Bank salur dana RM5b

Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) terus agresif membantu pengeksport tempatan mendapat akses kepada modal dengan menyasarkan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM5 bilion tahun depan.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EXIMBanksalurdanaRM5b/Article
Published: November 21, 2012

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BiayaRM5b/Article/index_html
Published: November 21, 2012

Adissadikin (kiri) bertukar dokumen dengan Pengurus Besar Turk EXIM Bank, Heyrettin Kaplan di Kuala Lumpur, semalam.  
 Adissadikin (kiri) bertukar dokumen dengan Pengurus Besar Turk EXIM Bank, Heyrettin Kaplan di Kuala Lumpur, semalam.
Sebahagian besar daripada pembiayaan itu akan disalurkan kepada projek infrastruktur di rantau Asia.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Adissadikin Ali, berkata sasaran itu adalah lebih tinggi berbanding RM2 bilion tahun ini.

Ia, katanya mengambil kira pertambahan peluang perniagaan khususnya bagi projek pembinaan yang kebanyakan dilaksanakan di rantau ini.

Katanya, EXIM Bank menetapkan 60 peratus daripada jumlah pembiayaan untuk projek infrastruktur manakala 40 peratus lagi untuk perniagaan berkaitan eksport dan perdagangan.
“Kami berada pada landasan untuk mencapai sasaran penyaluran pinjaman berjumlah RM2 bilion yang didorong oleh pelaksanaan projek infrastruktur oleh syarikat tempatan di rantau ini.

Langkah agresif syarikat
“Kami juga yakin dapat menyalurkan pembiayaan lebih tinggi tahun depan disokong langkah agresif syarikat bermula tahun lalu dalam meningkatkan capaian kami dengan pengeksport menerusi kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan dewan perniagaan,” katanya.

Adissadikin berkata, EXIM Bank akan terus melaksanakan pelbagai strategi dalam usaha mengukuhkan peranannya dalam kredit eksport dan perdagangan, termasuk menjalinkan kerjasama teknikal dengan pelbagai agensi kredit eksport luar negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan empat agensi kredit eksport di Asia Barat dan satu lagi yang berpangkalan di Austria sempena Mesyuarat Tahunan AMAN Union yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.

Perjanjian itu disaksikan oleh Pengerusi EXIM Bank, Datuk Mohd Hashim Hassan dan Setiausaha Agung AMAN Union, Dr Abdel Rahman El-Tayeb Taha.

Pemerhati tetap
AMAN Union adalah pertubuhan yang merangkumi 22 anggota institusi mewakili negara Islam yang juga adalah negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Keahliannya turut merangkumi pemerhati tetap daripada institusi yang mewakili Perancis, Cyprus, United Kingdom termasuk Berne Union berpangkalan di London, yang mewakili syarikat kredit eksport dan insuran pelaburan di seluruh dunia.

Pada majlis itu, EXIM Bank memeterai perjanjian dengan Islamic Corporation for The Insurance of Investment and Export Credit (ICIEC), anak syarikat Islamic Development Bank Group yang berpangkalan di Jeddah bagi perjanjian kemudahan insurans semula.

Empat lagi syarikat ialah Turk EXIMBANK, Export Credit Insurance Company of the Emirates (ECIE), Export Credit Agency of Oman (ECGA) dan GARANT AG, yang berpangkalan di Austria.
 

No comments:

Post a Comment