Thursday, April 11, 2013

Bank Simpanan Nasional Cawangan Jalan Ipoh Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Batu 4 1/2, Jalan Ipoh di sini ditutup sementara berikutan kebakaran di premis itu yang dipercayai berpunca daripada papan suis utama.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=940990
Published: April 11, 2013

Menurut kenyataan BSN, kebakaran itu menyebabkan operasi perbankan di cawangan itu tidak dapat dijalankan dan ekoran itu, segala transaksi dilakukan di cawangan BSN Jalan Sentul, di Tingkat Bawah, Bangunan KGMBB, Jalan Sentul, kira-kira 2.5km dari cawangan yang ditutup itu.

Menurut kenyataan itu lagi proses membaik pulih sedang dijalankan dan orang ramai akan dimaklumkan apabila cawangan tersebut beroperasi semula. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900 atau melayari laman web BSN di www.mybsn.com.my.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment