Wednesday, November 21, 2012

Bank Rakyat Akan Capai Pertumbuhan Pinjaman 12 Peratus Tahun Ini, Kata MD

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bank Rakyat telah bersedia untuk mencapai sasaran 12 peratus pertumbuhan pinjaman tahun ini, kata Pengarah Urusan Datuk Yusof Abdul Rahman Selasa.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=710333
Published: November 21, 2012

Setakat September, jumlah portfolio pinjaman bank itu dicatatkan pada RM49.7 bilion, naik 12 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama tahun depan, katanya.

"Sumbangan terbesar adalah dari pembiayaan peribadi, yang menyumbang 75 peratus pinjaman runcit," katanya kepada pemberita di majlis pemeteraian Program Nota Jangka Sederhana Islam bank itu hari ini.

Yusof berkata pinjaman runcit menyumbang 78 peratus daripada jumlah pinjaman, pinjaman komersil menyumbang 11 peratus, sementara selebihnya daripada perniagaan pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment