Friday, November 2, 2012

Bank Rakyat Untung RM1.62b Dalam Tempoh Sembilan Bulan

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2012 dengan meraih keuntungan sebelum cukai dan zakat RM1.62 bilion, meningkat 8.1 peratus berbanding RM1.5 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=706328
Published: November 02, 2012

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata bank itu turut merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM1.33 bilion berbanding RM1.20 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 10.5 peratus.

"Dari segi prestasi kewangan, Bank Rakyat terus mencatatkan perkembangan positif dengan peningkatan keuntungan sebelum cukai, keuntungan bersih dan pendapatan kasarnya iaitu RM30.9 bilion sehingga 31 Sept tahun ini.

"Dengan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pengiktirafan yang diterima seperti Anugerah Bank Islam Paling Menguntungkan dan Anugerah Perbankan Runcit Islam Paling Cemerlang, Bank Rakyat diharap terus menjadi perbankan Islam terbesar di Malaysia dan ke-12 terbaik di dunia," katanya selepas Majlis Penyerahan 20 Buah Van Jenazah dan dua Buah Van Pengangkutan di sini Khamis.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment