Monday, November 12, 2012

Perbankan tanpa cawangan BSN RM200j

IPOH 11 Nov. - Perkhidmatan perbankan tanpa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi ejen bank berdaftar di seluruh negara merekodkan transaksi mencecah RM200 juta sejak ia dilancarkan Januari lalu.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121112/ek_01/Perbankan-tanpa-cawangan-BSN-RM200j
Published: November 12, 2012


Walaupun perbankan tanpa cawangan Bank Simpanan Nasional mendapat 
sambutan yang baik, namun kemudahan yang disediakan oleh bank itu seperti 
kemudahan ATM diperlukan di bandar-bandar kecil bagi kemudahan 
pelanggannya. - GAMBAR HIASAN

Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning berkata, perkhidmatan melalui 2,357 ejen berdaftar BSN di seluruh negara itu melibatkan pelbagai transaksi termasuk deposit, pengeluaran wang, pembayaran bil utiliti serta pembelian Sijil Simpanan Premium (eSSP).

“Oleh itu, pada tahun depan, kita menyasarkan penambahan bilangan ejen bank berdaftar sehingga 4,500 iaitu setahun lebih awal daripada yang kita sasarkan sebelum ini. Hujung tahun ini, kita jangka angka itu mencecah sehingga 3,000.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah

No comments:

Post a Comment