Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Usahatambahkuotahajiwargatua/Article
Published: January 29, 2013
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata Malaysia akan membawa perkara berkenaan ketika pertemuan dengan Menteri Haji Arab Saudi pada April ini.
Cuba tambah jumlah
“Tahun lalu, 4,000 jemaah haji berusia lebih 75 tahun berpeluang menunaikan ibadah haji, jadi tahun ini kita cuba menambah jumlah mereka dan ia bergantung kepada permohonan.
“Ketika ini, ada lebih 12,000 warga tua berusia 75 tahun ke atas menunggu giliran untuk menunaikan ibadah haji buat pertama kali,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul anjuran UMNO Parlimen Bukit Gantang di Dewan Bunga Raya Changkat Jering, dekat sini, semalam.
Jamil juga berkata, kuota jemaah haji dari Malaysia ketika ini kekal 28,000 orang setahun berdasarkan Piagam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) iaitu berdasarkan nisbah 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara.
“Begitupun, kita sentiasa memanjangkan rayuan. April ini saya akan pergi bermesyuarat haji di Makkah, bertemu dengan Menteri Haji dan 21 agensi untuk menentukan tempat, muassasah dan masalah jemaah haji termasuk dari Malaysia,” katanya.
No comments:
Post a Comment