Wednesday, January 2, 2013

Bank Rakyat kukuh kedudukan di Nusajaya

BANK Rakyat mengukuhkan kedudukan dengan membuka cawangan yang ke-140 diNusajaya, sekali gus menjadi cawangan ke-15 di Johor.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-rakyat-kukuh-kedudukan-di-nusajaya-1.117173
Published: January 02, 2013

Bank Rakyat

Bank Rakyat menawarkan pelbagai produk dan kemudahan Perbankan Islam kepada orang ramai seperti akaun simpanan-i nuri, akaun simpanan-i tawfir, akaun deposit-i makeen, pajak gadai-i ar- rahnu / az-zahab, pembiayaan peribadi- i 1Aslah, pembiayaan sewa beli-i, kad kredit-i, kemudahan pembayaran pelbagai bil utiliti, pembayaran zakat, perkhidmatan Tabung Haji serta kiriman wang Western Union.

Sepanjang tahun ini, Bank Rakyat telah membuka enam cawangan baru iaitu di Kerteh (Terengganu), Kota Marudu dan Putatan (Sabah), Cyberjaya (Selangor), Desa Sri Hartamas (Kuala Lumpur) dan terbaru di Nusajaya (Johor).

Bank Rakyat turut menjalankan Kempen Simpan dan Menang di mana pelanggan hanya perlu membuat simpanan serendah RM500.00 (akaun simpanan- i)/RM1,000.00 (akaun deposit-i).

Manakala, Kempen Mega Langgan dan Menang yang turut menawarkan hadiah-hadiah lumayan seperti sebuah Proton Preve, dengan hanya perlu melanggan mana-mana produk pembiayaan seperti pembiayaan sewa beli-i, pembiayaan mikro-i, pajak gadai-i, akaun simpanan-i serta produk deposit.

No comments:

Post a Comment