Wednesday, January 16, 2013

Bank Rakyat Akan Lancar Bank Bergerak Di Sabah, Sarawak

SIBU, 15 Jan (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) akan melancarkan program bank bergerak di Sabah dan Sarawak dalam tahun ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=921722
Published: January 16, 2013

Katanya bank bergerak pertama Bank Rakyat dilancarkan di Felda Bukit Mendi, Bera, Pahang, pada awal Januari tahun ini.

"Kami kini mempunyai tiga kemudahan sedemikian di Semenanjung Malaysia dan bilangan itu akan ditingkatkan kepada tujuh," katanya semasa berucap pada malam penghargaan bagi para pelanggan dan pendeposit bank itu di sini semalam.

Sabbarudin berkata Bank Rakyat kini mempunyai 140 cawangan di seluruh negara, di mana 14 daripadanya di Sarawak.

Bank Rakyat mempunyai lebih 600 Mesin Juruwang (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) selain 38 Ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam) X'Change.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment