Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BSNunjur5jutatransaksimelaluiEBB//Article/index_html
Published: January 21, 2013
Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Perniagaan Komunitinya, Azaddin Ngah Tasir berkata, lebih membanggakan, sasaran RM100 juta transaksi EBB bagi 2012 berjaya dicapai dengan nilai yang lebih tinggi iaitu RM250 juta.
Katanya, BSN yakin melalui EBB yang diperkenalkan di seluruh negara terutama kawasan pedalaman dapat diperluaskan bagi memudahkan orang ramai melakukan transaksi.
“Malah, sejak perkhidmatan ini diperkenalkan, terdapat 3,647 ejen beroperasi sehingga 17 Januari ini dan kami menyasarkan peningkatan jumlah kepada 4,500 ejen tahun ini,” katanya.
Menurutnya, setakat ini juga melalui EBB, lebih tiga juta transaksi dengan nilai lebih RM280 juta dan pihaknya juga akan memperkenalkan beberapa perkhidmatan tambahan lain seperti tambah nilai prabayar, pembelian pin institusi pengajian tinggi, pembayaran pembiayaan atau pinjaman BSN dan kiriman wang.
Azaddin berkata, perkhidmatan ini dilihat banyak membantu masyarakat, sekali gus lebih banyak ejen yang telah beroperasi di kawasan yang sebelum ini dikategorikan tidak mempunyai akses perbankan.
No comments:
Post a Comment