Sunday, January 13, 2013

Pendeposit Tabung Haji cecah 8.1 juta

Alor Gajah: Jumlah pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) kini mencapai 8.1 juta di seluruh negara dengan seramai 243,496 pelajar institusi pengajian tinggi mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa@U.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PendepositTabungHajicecah8_1juta/Article
Published: January 13, 2013

Orang ramai   membuka akaun Tabung Haji dan mendaftar ahli Kelab TaHa  pada Karnival TaHa@U Bersama Komuniti Lendu di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Lendu, Masjid Tanah, Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
Orang ramai membuka akaun Tabung Haji dan mendaftar ahli Kelab 
TaHa pada Karnival TaHa@U Bersama Komuniti Lendu di Masjid 
Saidina Umar Al-Khattab, Lendu, Masjid Tanah, Melaka.

Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, peningkatan jumlah pendeposit TH setiap tahun menunjukkan kesedaran orang ramai untuk membuat penyimpanan awal sebagai persediaan mengerjakan ibadat haji.

“Setiap tahun, pendeposit TH semakin meningkat hingga menyebabkan kita terpaksa memilih pencarum benar-benar layak diberi keutamaan menunaikan haji, berikutan jumlah mereka yang menunggu giliran kini berjuta orang.

“Bagi mereka yang sudah mengerjakan haji diminta memberi laluan kepada mereka yang berada di dalam senarai menunggu dan golongan pencarum berdaftar yang berusia 75 tahun ke atas,” katanya pada majlis perasmian Karnival TaHa@U Bersama Komuniti Lendu di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Lendu di sini, semalam.

Majlis yang disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Mohamad. Hadir sama Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian (BH), Zainor Said; Pengarah TH negeri, Mohamad Khairi Dasemin; Pengurus Pengedaran NSTP Melaka, K Gunasegaran.

No comments:

Post a Comment