Permodalan Bank Simpanan Nasional Berhad (PBSNB), mengumumkan pengagihan pendapatan RM3.375 juta bagi BSN Dana Al-Jadid untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AgihanDanaAl-JadidPBSNBRM3_375j//Article/index_html
Published: January 09, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130109/ek_02/PBSNB-umum-agihan-pendapatan
Published: January 09, 2013
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamarul Izam Idrus berkata, pengagihan
kasar bagi Al-Jadid ialah 1.8 sen seunit (kasar) untuk pelabur yang
memegang unit amanah sehingga 31 Disember 2012 dan mereka layak mendapat
pengagihan ini dalam bentuk pelaburan semula. “Dana Al-Jadid
dilancarkan pada 2008 adalah dana ekuiti berasaskan Syariah yang
mensasarkan pertumbuhan modal dan agihan pendapatan.
“Setakat tahun kewangan berakhir 2012, jumlah nilai aset bersih (NAB)
dana yang diuruskan adalah RM45.9 juta. PBSNB mempunyai sejumlah 10,534
pelabur setakat 31 Disember 2012,” katanya dalam kenyataan di Kuala
Lumpur.
Berdasarkan harga pembukaan tahun kewangan pada 2012, agihan
pendapatan BSN Dana Al-Jadid mempunyai persamaan dengan perolehan kasar
7.2 peratus dan semua pelaburan semula terbabit akan dibuat pada 14
Januari 2013.
Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan
mengucapkan terima kasih kepada pelabur yang setia dan PBSNB akan
sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan pencapaian pada tahun akan
datang.
No comments:
Post a Comment