Saturday, January 12, 2013

PruBSN Dapat Anugerah Pusat Hubungan Baru Terbaik

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) muncul sebagai naib johan bagi 'Pusat Hubungan Baru Terbaik' pada majlis anugerah Pusat Hubungan dan Pengurusan Hubungan Pelanggan ke-13.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/prubsn-terima-pengiktirafan-1.120192
Published: January 12, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=921061
Published: January 12, 2013

Prudential BSN

Anugerah berkenaan dihoskan Persatuan Pusat Hubungan dan Pengurusan Hubungan Pelanggan Malaysia (CCAM).

"Kami berbangga menerima anugerah ini. Ia merupakan bukti terhadap usaha kami dalam menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan dan bukti kepada kepentingan pematuhan kepada nilai teras kami, TRUST (amanah, hormat, persefahaman, senyuman dan kerja berpasukan)," kata Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN Azim Mithani dalam satu kenyataan pada Jumaat.

PruBSN bersaing dengan 55 pengendali pusat hubungan dan perkhidmatan pelanggan lain dalam pelbagai industri termasuk telekomunikasi, perbankan dan insurans, teknlogi maklumat dan syarikat penyumberan luar lain.

Selepas penilaian kedua, PruBSN merupakan antara 22 calon yang disenarai pendek untuk layak bagi pusingan ketiga dan seterusnya untuk menjadi finalis bagi kategori ini dan meraih tempat kedua selepas Shell Services.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment