Friday, January 11, 2013

SME Bank Agih RM2.25 Bln Peruntukan Di Bawah Belanjawan 2013

Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) memperuntukkan RM1 bilion tahun ini untuk disalurkan sebagai pembiayaan kepada syarikat Bumiputera mengambil alih syarikat bukan teras milik Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM1bbantuambilalihsyarikatKhazanah_PNB/Article
Published: January 11, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SMEBankagihdanaRM2_25b//Article/index_html
Published: January 11, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=920656
Published: January 11, 2013

Gumuri memotong riben merasmikan pusat perniagaan baru SME Bank, di Rawang sambil diperhatikan Mohd Radzif (kiri), semalam. - Foto Chan Wai Yew
Gumuri memotong riben merasmikan pusat perniagaan baru SME Bank, 
di Rawang sambil diperhatikan Mohd Radzif (kiri), semalam.

Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, berkata peruntukan itu sebahagian daripada dana berjumlah RM2.25 bilion yang disediakan kerajaan di dalam Bajet 2013.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM1 bilion akan disalurkan khusus bagi program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), RM200 juta untuk pembiayaan perniagaan industri halal, sementara RM50 juta lagi untuk skim perniagaan muda.

Baki RM1 bilion lagi akan kami peruntukkan khas kepada syarikat Bumiputera yang layak sebagai modal pembiayaan jika mereka dipilih membeli syarikat bukan teras yang akan dilupuskan Khazanah dan PNB, katanya selepas majlis perasmian pusat perniagaan baru SME Bank, di Rawang yang disempurnakan oleh Pengerusi SME Bank, Datuk Gumuri Hussain.

Pelupusan syarikat bukan teras milik Khazanah dan PNB itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu kedua-dua entiti itu melupuskan pegangan dalam 10 syarikat bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor korporat.

Sementara itu, pusat perniagaan baru SME Bank yang turut dikenali sebagai Pusat Enterpris dan Perniagaan itu kombinasi bank dan pusat sehenti yang direka khusus bagi memberikan peluang kepada usahawan untuk lebih memahami peranan yang dimainkan SME Bank dalam menyediakan kemudahan pembiayaan dan perkhidmatan lain.

Pembukaan pusat itu bermatlamat meningkatkan peranan SME Bank dalam merancakkan lagi sektor PKS tempatan bagi membantu membangunkan komuniti berkenaan sebagai antara kelompok yang memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Ia juga bermatlamat membantu mempertingkatkan lagi daya saing usahawan PKS, khususnya usahawan Bumiputera.

Gumuri berkata, pembukaan cawangan itu memudahkan usahawan dan bakal usahawan di sekitar Rawang untuk berurusan dengan SME Bank.

Dengan pembukaan pusat baru di Rawang, SME Bank secara keseluruhannya memiliki tiga Pusat Enterpris dan Perniagaan di Selangor iaitu satu di Shah Alam dan satu lagi di Kajang.

Ini mencerminkan pentinganya pembangunan usahawan PKS di Selangor dan sebahagian daripada usaha SME Bank untuk mendekati golongan usahawan di negeri ini, katanya.

No comments:

Post a Comment