Wednesday, January 16, 2013

Bank Rakyat Dijangka Capai Sasaran 2012 Keuntungan Pracukai Dan Zakat RM2 Bilion

SIBU, 15 Jan (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) kini berada pada landasan mencapai sasaran 2012 keuntungan pracukai dan zakat RM2 bilion.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-rakyat-optimis-capai-sasaran-rm2b-1.121841
Published: January 16, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=921719
Published: January 16, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bank-rakyat-dijangka-capai-sasaran-2012-keuntungan-pracukai-dan-zakat-rm2b/
Published: January 16, 2013

Bank Rakyat

Pengerusinya, Tan Sri Sabbaruddin Chik berkata rasa optimis itu adalah berdasarkan prestasi bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2012, yang mencatatkan RM1.62 bilion.

Ini merupakan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh yang sama 2011 di mana ia mencatatkan RM1.5 bilion, katanya pada malam penghargaan bagi para pelanggan dan pendeposit bank itu di sini semalam.

Katanya bank itu kini mempunyai aset berjumlah RM77 bilion sehingga September tahun lepas.

"Prestasi cemerlang kami itu diperakui oleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan kami diiktiraf sebagai bank Islam paling menguntungkan bagi 2010/2011. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment