Ipoh: Berkuat kuasa tahun ini, semua pembeli Rumah Mesra Rakyat
1Malaysia (RMR1M) dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) boleh
mendapat pembiayaan institusi kewangan terpilih. Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron, berkata empat bank sudah
bersetuju menjadi ahli panel bagi pembiayaan rumah berkenaan iaitu
Maybank, CIMB, Bank Islam dan Bank Rakyat.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=921181
Published: January 13, 2013
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/4banksetujubiayaRMR1M/Article/artikel
Published: January 13, 2013
Pembeli boleh mohon pinjaman mulai tahun ini
Datuk Idris Haron, berkata empat bank sudah bersetuju menjadi ahli panel bagi pembiayaan rumah berkenaan iaitu Maybank, CIMB, Bank Islam dan Bank Rakyat.
Katanya, rumah RMR1M dibina SPNB berharga RM65,000, tetapi pembeli hanya perlu membayar RM45,000 kerana RM20,000 adalah subsidi kerajaan.
“Proses mendapatkan pembiayaan agak cerewet, tapi tidak sukar selagi pemohon mempunyai rekod pengurusan kewangan peribadi yang bersih. Pemohon hanya perlu pinjam RM45,000 dengan dua peratus faedah ditanggung kerajaan,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Rakyat Bersama SPNB di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Batu 10 Ulu Chepor, Chemor, dekat sini semalam.
Atasi NPL
Sebelum ini, pembiayaan RMR1M ditanggung sepenuhnya SPNB, tetapi difahamkan mesyuarat SPNB beberapa hari lalu membuat keputusan menyerahkan pembiayaan kepada institusi kewangan bagi menangani banyak kes hutang tidak berbayar (NPL) yang tinggi oleh pembeli rumah RMR1M terdahulu.
Idris berkata, setakat ini pihaknya menerima 34,678 permohonan memiliki RMR1M menerusi laman web SPNB berbanding sasaran menyiapkan 21,000 rumah berkenaan dalam tempoh tiga tahun.
No comments:
Post a Comment