MUAR 21 Jan. - Bank Rakyat cawangan Muar menyampaikan sumbangan tujuh kerusi roda dan 14 peralatan perubatan kepada pesakit kurang berkemampuan dan Tabung Kebajikan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini hari ini.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130122/wj_03/Bank-Rakyat-sumbang-kerusi-roda-peralatan-perubatan
Published: January 23, 2013
ABDUL Lidzam Muhammad Alias (dua dari kanan)
menyerahkan peralatan perubatan kepada penerima
pada Program Sentuhan Kasih CSR Bank Rakyat 2013
di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, semalam.
Sumbangan menerusi Program Sentuhan Kasih Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bank Rakayt 2013 itu disampaikan Ketua Bank Rakyat Wilayah Selatan, Abdul Lidzam Muhammad Alias kepada para penerima dan wakil tabung itu, Dr. Norizan Abdullah.
Penyerahan tersebut dilakukan di Dewan Saujana HPSF dengan turut dihadiri Penolong Pengurus Bank Rakyat cawangan Muar, Khadijah Aini Othman dan Ketua Unit Pembiayaan Bank Rakyat cawangan Muar, Nor Azman Mohd. Ali.
Dua kerusi roda diberikan kepada pesakit dan selebihnya untuk tabung berkenaan, manakala empat peralatan perubatan diberikan kepada pesakit dan bakinya disumbangkan untuk tabung itu, khusus bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan membeli kemudahan tersebut.
Abdul Lidzam dan kira-kira 10 kakitangan Bank Rakyat cawangan Muar dengan diiringi lima pegawai kanan HPSF turut menyampaikan 30 hamper kepada para pesakit hospital berkenaan.
Beliau berkata, program itu merupakan pembuka tirai 2013 bagi aktiviti Bank Rakyat di wilayah selatan dalam melaksanakan CSR kepada masyarakat.
Katanya, sumbangan berkenaan tepat pada masanya kerana pada tahun lalu sebanyak 1,440 pesakit berdaftar dengan Jabatan Kerja Sosial HPSF dan majoritinya adalah golongan kurang berkemampuan yang amat memerlukan bantuan atau sumbangan.
"Selain dapat membantu mereka, pada masa sama pihak HPSF juga sudah menyediakan Rumah Kasih atau rumah penginapan sementara untuk waris yang menghantar pesakit ke hospital ini tetapi tidak punya penginapan.
Sementara itu, seorang penerima, Fatimah Aziz, 38, dari Tanjung Gading Laut bersyukur kerana menerima sumbangan alat perubatan untuk anaknya, Norazira Ahmad, 10, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dan menghidap penyakit saraf sejak lahir.
No comments:
Post a Comment