Wednesday, May 2, 2012

Tiga koperasi kaut untung melebihi RM100j

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TigakoperasikautuntungmelebihiRM100j/Article/index_html

Published: Monday May 02

TIGA koperasi iaitu Bank Rakyat, Koperasi Angkatan Tentera dan Koperasi Permodalan Felda yang dinaungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), berjaya mengaut keuntungan melebihi RM100 juta.
Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md Yusof Samsudin berkata, SKM akan menggalakkan koperasi yang mengaut keuntungan bersih antara RM80 juta hingga RM90 juta supaya meningkatkan lagi keuntungan mereka kepada lebih RM100 juta.

“Keuntungan yang besar bererti pusingan perniagaan lebih besar dan itulah sebenarnya matlamat SKM. Kami mahukan koperasi ini menjadi lebih aktif dan kreatif dalam perniagaan mereka supaya dapat mendatangkan hasil lebih tinggi,” katanya.
Berdasarkan perangkaan, jumlah dagangan koperasi di seluruh negara pada 2011 berjumlah RM23 bilion dan matlamat SKM tahun ini ialah untuk mencapai angka RM24 bilion.

“Kami bukan saja menggalakkan kerjasama dengan koperasi lebih besar, malah kami juga menggalakkan kerjasama dengan syarikat swasta yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang supaya jalinan kerjasama ini dapat memudahkan urusan,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment