Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SMEBankuntungRM146_2j/Article/index_html
Published: Monday May 04
BANK Perusahaan Kecil dan Sederhana Berhad (SME Bank) kembali
merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat RM146.2 juta bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2011, selepas dua tahun mencatatkan
kerugian.
Pengarah Urusannya Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, prestasi
membanggakan itu dapat dicapai menerusi hasil rancangan transformasi
lima tahun SME Bank, selain tampil dengan model perniagaan baru lebih
agresif.
Katanya, berdasarkan unjuran pertumbuhan itu, SME
Bank masih menjangkakan keuntungan lebih rendah tahun ini memandangkan
kos pembiayaan meningkat ketara.
“Bagaimanapun, kami menyasarkan keuntungan lebih rendah tahun ini
iaitu lapan peratus berbanding 8.7 peratus bagi 2011 berikutan keadaan
ekonomi yang tidak menentu. “Kami juga menyasarkan untuk mencapai 40
peratus sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang
2020 memandangkan semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sudah
dikenal pasti menjadi enjin kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya
pada sidang media sempena pengumuman keputusan kewangan SME Bank di
Kuala Lumpur, semalam.
No comments:
Post a Comment