Thursday, May 24, 2012

Exim Bank sasar lulus pinjaman RM6 bilion

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/EximBanksasarluluspinjamanRM6bilion/Article/index_html

Published: Wednesday May 24, 2012

EXPORT-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) menyasarkan untuk meluluskan pinjaman dan jaminan bernilai RM6 bilion kepada pengeksport Malaysia tahun ini berbanding RM4.7 bilion tahun lalu.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adissadikin Ali berkata, bank itu berkeyakinan untuk mengembangkan portfolionya dengan sektor pengilangan dan pembinaan terus menjadi penyumbang utama.

“Ini satu cara mencapai sasaran kami menyumbang 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2018,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Bank milik kerajaan itu kembali mencatatkan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 dengan keuntungan pracukai RM134.6 juta berbanding kerugian pracukai RM299.5 juta pada 2010.

Perolehan operasi bank itu juga meningkat 27.5 peratus kepada RM171.6 juta pada tahun lalu berbanding RM134.6 juta pada 2010.

Katanya, pertumbuhan perolehan sebahagian besarnya dikreditkan kepada satu kombinasi inisiatif utama dilaksanakan bank itu tahun lalu sebagai rancangannya untuk meningkatkan perniagaan dan keberkesanan operasinya serta pemulihan kedudukan kewangannya. - Bernama

No comments:

Post a Comment