Wednesday, May 16, 2012

Malakoff meterai kemudahan pembiayaan US$90 juta

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/malakoff-meterai-kemudahan-pembiayaan-us-90-juta-1.47885

Published: 14 May 2012

KUALA LUMPUR - Malakoff Corporation Bhd, anak syarikat MMC Corporation Bhd, telah memeterai perjanjian pembiayaan bernilai US$90 juta untuk pengambilalihan kepentingan secara tidak langsung sebanyak 40 peratus dalam loji janakuasa persendirian dan penyahmasinan air terbesar Bahrain, Hidd Power Company (HPC). Perjanjian hari ini yang dimeterai antara Exim Bank Malaysia dan Mizuho Corporate Bank menandakan siapnya kemudahan pinjaman bertempoh berjumlah US$90 juta yang disediakan kepada anak syarikat Malakoff, Malakoff International Limited, oleh Mizuho dan Exim. HPC ialah pemilik dan pengendali loji kuasa dan penyahmasinan air bina-milik-kendali Bahrain, dengan kapasiti kuasa 929MW dan 90 MIGD (juga gelen imperial sehari) penyahmasinan air. Ketua pegawai eksekutif Malakoff, Zainal Abidin Jalil berkata selain daripada Timur Tengah, Malakoff turut meninjau peluang pertumbuhan lain terutamanya di pasaran Asia Tenggara yang pesat berkembang. "Syarikat telahpun memenangi dan melaksanakan projek di Arab Saudi dan Algeria. "Langkah pada masa ini untuk mengembangkan kehadiran Malakoff di Bahrain akan memantapkan lagi kedudukannya sebagai pengeluar air dan kuasa persendirian terkemuka di rantau ini," kata beliau pada majlis berkenaan. Malakoff memainkan peranan penting dalam sektor tenaga Malaysia sebagai pengeluar kuasa persendirian terbesar negara dengan kapasiti penjanaan bersih 5,020MW dari enam stesen kuasanya. Syarikat baru-baru ini telah memenangi bida kompetitif untuk mengembangkan loji kuasa arangbatunya, Tanjong Bin sebanyak 1,000 MW lagi. "Pada masa ini, projek-projek tempatan menguasai 95 peratus daripada pendapatan," kata Zainal Abidin. "Sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan kami, Malakoff mempunyai penerokaan kuasa dan air di Arab Saudi, Algeria, Kuwait dan Bahrain. "Syarikat turut membuat penembusan ke pasaran-pasaran Asia Tenggara yang pesat berkembang," kata beliau. Malakoff, pengeluar air dan kuasa persendirian terkemuka dengan fokus terasnya kepada penjanaan kuasa, penyahmasinan air dan operasi serta perkhidmatan penyenggaraan, bercadang melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) tahun depan. - Bernama

No comments:

Post a Comment