Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MalakoffbertapakdiBahrain/Article/index_html
Published: 17 May 2012
PENGELUAR air dan kuasa persendirian terkemuka, Malakoff Corporation
Bhd memeterai perjanjian pembiayaan bernilai RM270 juta bagi
pengambilalihan kepentingan loji jana kuasa persendirian dan
penyahmasinan air terbesar Bahrain, Hidd Power Company (HPC).
Pengambilalihan secara tidak langsung dalam 40 peratus kepentingan
HPC oleh anak syarikat MMC Corporation Bhd itu dibiayai Bank Exim
Malaysia dan Bank Korporat Mizuho yang disediakan kepada anak syarikat
Malakoff, Malakoff International Limited.
Ketua Pegawai
Eksekutif Malakoff, Zainal Abidin Jalil berkata selain negara Timur
Tengah, Malakoff turut meninjau peluang pertumbuhan lain terutamanya di
pasaran Asia Tenggara yang pesat berkembang.
“Syarikat memenangi dan melaksanakan projek di Arab Saudi dan
Algeria. Langkah pada masa ini adalah untuk mengembangkan kehadiran
Malakoff di Bahrain yang akan memantapkan lagi kedudukan sebagai
pengeluar air dan kuasa persendirian terkemuka di rantau ini,” katanya
pada majlis menandatangani perjanjian itu di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment