Friday, May 11, 2012

MP gesa dedah siasatan ke atas pegawai Bank Rakyat

Source From (Malaysia Kini): http://www.malaysiakini.com/news/197501

Published: Monday May 10
Salhan K Ahmad
1:30PM Mei 10, 2012

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata Kementerian Kewangan perlu mendedahkan siasatan ke atas pegawai kanan Bank Rakyat atas dakwaan pecah amanah dan penipuan melibatkan satu skim pelaburan berjumlah RM13.532 juta.
Pua mendakwa, pegawai bank berkenaan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam kelulusan dan pelancaran skim skim Euro Deposit Investment itu.

NONE"Kementerian Kewangan perlu menjalankan siasatan kes pecah amanah atau penipuan ke atas pegawai berkenan kerana menjual produk (pelaburan) yang menipu," katanya dalam sidang media hari ini.

Setidak-tidaknya, kata Pua, pegawai berkenaan boleh disiasat atas dakwaan jenayah kecuaian kerana tidak memastikan pelabur dilindungi.

Menurutnya, pegawai itu merupakan pengarah dalam syarikat pelaburan Rakyat BTR Capital Partners Bhd yang bertanggungjawa memperkenalkan skim tersebut sejak pertengahan 2007.

Namun, Pua mendakwa, Bank Rakyat yang mempunyai pegangan 20 peratus dalam Rakyat BTR, kemudiannya menarik diri dalam suku keempat 2008 tanpa pengetahuan pelabur dan nama syarikat itu juga ditukar kepada RBTR.

Seorang pemegang amanah skim itu, UBB (Malaysia) Trustee Bhd, juga menarik diri daripada tanggungjawabnya, juga tanpa pengetahuan pelabur, dakwanya lagi.

Pua mendakwa, Rakyat BTR pada awalnya berjanji bahawa wang tersebut akan dipegang oleh UBB (M) Trustee Bhd.

Namun, dakwanya, wang berkenaan kemudiannya dipindahkan kepada satu syarikat bawah Locke Capital Investments Limited yang ditubuhkan di British Virgin Islands.

Locke Capital Investments, yang ditadbir rakyat Malaysia, kemudian bertanggungjawab memindahkan dana Rakyat BTR kepada satu pelaburan oleh satu bank pesisir di Singapura, dakwa Pua lagi.

Katanya, sekumpulan 58 individu dan pemegang akaun pelaburan berkenaan masih belum diberikan jawapan konkrit berhubung siasatan yang dimulakan Suruhanjaya Sekuriti pada September 2009 terhadap kes tersebut.

Katanya, suruhanjaya berkenaan hanya mengadakan satu taklimat kepada pelabur pada April 2010 dan memberitahu pelabur bahawa jumlah dana lebih RM13.5 juta dalam akaun RBTR itu susut sehingga RM9,858.

SC juga menasihati pelabur untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu terbabit memandangkan jumlah pelaburan berkenaan mungkin tidak dapat diperolehi semula, kata Pua.

SC juga bersetuju untuk membenarkan mereka menyemak dokumen dan rekod RBTR untuk memboleh pelabur berkenaan mengambil tindakan undang-undang.

Namun sehingga kini suruhanjaya itu masih menunaikan janji tersebut, kata Pua lagi.

"Kumpulan pelabur ini tertanya-tanya mengapa tiada berita atau tindakan material oleh SC ke atas RBTR dan juga skim EDI memandangkan RBTR merupakan syarikat pengurusan aset yang dilesenkan SC.

"Saya akan menulis surat kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk mendapatkan maklumat terkini," katanya

No comments:

Post a Comment