Friday, August 10, 2012

Bank Rakyat Bank Islam Paling Menguntungkan

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-rakyat-bank-islam-paling-menguntungkan-1.74895

Published: August 10, 2012

Bank Rakyat
Wan Mohd Nazri (dua, kanan) menyampaikan anugerah 
kepada Yusof pada majlis iftar, baru-baru ini.

BANK Rakyat dianugerahkan Bank Islam Paling Menguntungkan 2010/2011 oleh Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM).

Menerusi satu kenyataannya, bank itu berkata, Anugerah disampaikan Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia, Wan Mohd Nazri Wan Osman, kepada Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk  Yusof Abdul Rahman, dalam majlis Iftar anjuran Aibim pada 7 Ogos 2012.

Bank Rakyat Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) pertama di Malaysia yang laksana perbankanIslam sejak 2003. Penghijrahan operasi Bank Rakyat daripada konvensional kepada Syariah bermula sejak 1993 apabila Bank Rakyat perkenal skim pajak gadai Islam Ar-Rahnu.

Operasi perbankan Islam diperkukuh lagi apabila Bank melancarkan produk perbankan Syariah kepada pelanggan pada Mei 1994. Proses transformasi ini selesai dijalankan pada Disember 2002 apabila Bank berjaya menukarkan seluruh  asetnya kepada berasaskan Syariah.

Sejak itu, Bank Rakyat mula catat keuntungan memberangsangkan dengan rekod peningkatan keuntungansebelum cukai dan zakat sejak milenium kedua 734 peratus.

No comments:

Post a Comment