KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Suku SME Bank Bhd bernilai RM500
juta dalam dua tranche masing-masing RM250 juta setiap satu, daripada
nota jangka sederhana Islam dijamin kerajaan RM3 bilion, telah terlebih
langgan sebanyak 5.9 kali.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=687798
Published: August 14, 2012
Dalam satu kenyataan pada Isnin, bank itu berkata ini menunjukkan
keyakinan pelabur untuk SME Bank memainkan peranan yang lebih besar
untuk mendorong perusahaan kecil dan sederhana sebagai penjana
pertumbuhan ekonomi.
"Sukuk tujuh dan 10 tahun adalah pada 3.60 peratus dan 3.69 peratus
setiap satu, dengan 28 mata asas melebihi sekuriti kerajaan Malaysia
pada nilai yang sama," katanya.
SME Bank berkata hasil keseluruhan itu adalah yang paling rendah bagi penerbitan dijamin kerajaan pada 2012 setakat ini.
Bank itu memberi mandat kepada AmInvestment Bank Bhd, Kuwait Finance
House (M) Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd sebagai penyusun utama
bersama dan pengurus utama bersama.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment