Monday, August 6, 2012

BSN Sasar 260 Agen Menjelang Akhir Tahun Di Pulau Pinang

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=685908

Published: August 09, 2012

GEORGE TOWN, 6 Ogos (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan untuk mengembangkan perkhidmatan perbankan melangkaui cawangan (3B) di Pulau Pinang dengan melantik 260 agen menjelang akhir tahun ini, daripada 57 sekarang ini.

Pengarah BSN Negeri Pulau Pinang Mohd Khairil Mohd Nor berkata bank itu mengenal pasti agen yang berpotensi dan menunggu peralatan titik jualan bagi memulakan perkhidmatan perbankan.

3B adalah konsep perbankan tanpa cawangan BSN yang menawarkan akses kewangan kepada para pelanggan, terutama sekali di kawasan yang tidak mempunyai bank. Ia membolehkan para pelanggan melakukan transaksi perbankan oleh agen-agen yang dibenarkan di cawangan-cawangan runcit.

Mohd Khairil berkata BSN adalah bank pertama dan satu-satunya memperkenalkan perkhidmatan sedemikian yang menyediakan rangkaian perbankan bagi pelanggan yang tidak menerima perkhidmatan bank, terutama sekali di kawasan luar bandar.

"BSN unik kerana kami menampung tanggung jawab sosial korporat dan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa dengan anak yatim, pekerja dan rakan niaga Ahad malam.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment