Sunday, August 5, 2012

Golongan tidak bernasib baik dibantu

SME Bank menganjurkan program amal sempena Ramadan bersama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/golongan-tidak-bernasib-baik-dibantu-1.73441

Published: August 06, 2012

Golongan tidak bernasib baik dibantu
Pengarah Pengurusan Kewangan SME Bank, Abdul Aziz Mohamed 
mengedarkan juadah berbuka kepada seorang pesakit di Wad Pediatrik PPUM.

Kira-kira 300 pek bubur lambuk, kurma, air mineral dan biskut diedarkan kepada pesakit di Wad Pediatrik PPUM, selain itu turut menerima sumbangan adalah ibu bapa pesakit serta kakitangan di wad sebagai juadah berbuka puasa.

Program Amal Ramadan ini salah satu program tanggungjawab korporat SME Bank bagi meringankan beban yang ditanggung ibu bapa pesakit dan juga sebagai salah satu langkah bagi mengeratkan silaturahim antara badan korporat dan juga pesakit serta kakitangan PPUM.

SME Bank melaksanakan pelbagai program tanggungjawab korporat sepanjang tahun ini di setiap negeri, seperti sumbangan komputer kepada sekolah dan pusat komuniti di luar bandar, memberi bantuan persekolahan kepada anak-anak daripada keluarga miskin, hamper makanan kepada warga emas, ibu tunggal dan golongan kurang kemampuan, sumbangan kepada mangsa kebakaran dan mangsa banjir.

No comments:

Post a Comment