Friday, August 10, 2012

Exim Bank Biayai Projek Infrastruktur Projek Di Asean

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- The Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank), yang menandatangani perjanjian bantuan teknikal dengan Asian Development Bank (ADB) yang berpejabat di Filipina, berminat membiayai projek infrastruktur di Asean.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=687208
Published: August 10, 2012

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Exim Bank Datuk Adissadikin Ali berkata beberapa kontraktor Malaysia sudah pun melabur dalam projek-projek infrastruktur di Indonesia, Laos dan Vietnam.

"Kami mempunyai kontraktor berkeupayaan dan infrastruktur, serta rantau ini menyediakan kami dengan pasaran yang lebih berdaya maju memandangkan kami sudah biasa dengan sistem perundangan dan ekonomi di sini, berbanding tempat lain di dunia," katanya pada sidang media selepas majlis pemeterian itu.

Beliau berkata Exim Bank sudah berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan mengenal pasti projek-projek berdaya maju, kebanyakannya dalam industri pembinaan, di Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), dan menjangkakan ia dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, Arjun Goswami, Pengarah Kerjasama Serantau, Jabatan Asia Tenggara ADB, berkata kawasan yang kurang membangun di Asean kini berkembang pada kadar yang cepat manakala kawasan berpendapatan sederhana masih mempunyai potensi untuk menyerap projek-projek infrastruktur yang lebih besar.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment