Monday, August 13, 2012

Mesin ATM dibom


ANGGOTA Forensik menyiasat tempat kejadian letupan sebuah mesin pengeluaran 
wang automatik (ATM) sebuah bank di Masjid Tanah, Melaka, semalam.

ALOR GAJAH 12 Ogos - Sekumpulan penjenayah gagal melarikan wang tunai dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Masjid Tanah di sini walaupun mereka bertindak meletupkan ruang menempatkan tiga mesin di situ awal pagi ini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120813/je_01/Mesin-ATM-dibom
Published: August 13, 2012

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.20 pagi itu menyebabkan dua mesin ATM dan sebuah mesin deposit tunai (CDM) itu serta sebahagian bangunan bank tersebut rosak teruk.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, bahan letupan yang digunakan penjenayah itu bagaimanapun gagal merosakkan bahagian peti simpanan wang di ketiga-tiga mesin tersebut.

"Kumpulan penjenayah ini dikatakan memasang sejenis bahan letupan di salah sebuah mesin ATM.

"Walaupun mesin itu meletup dan rosak teruk namun bahagian wang tunainya tidak terjejas menyebabkan mereka gagal melarikan wang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah beliau, menurut saksi, jenayah itu dilakukan empat lelaki menaiki dua motosikal dan polis sedang memburu kesemua suspek.

Selain itu katanya, siasatan turut dilakukan terhadap jenis bahan letupan yang digunakan.
Menurut Umar Ali, siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 457 dan 436 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi balai polis terdekat dengan segera bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment