Thursday, August 9, 2012

Nafas, Bank Rakyat Tanda Tangan MoU Laksana Dana Peladang Kawasan

KUALA LUMPUR, 6 Og os (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Isnin menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Mentor-Mantee dengan Bank Rakyat yang antaranya bagi dilaksanakan operasi Dana Peladang Kebangsaan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=686007
Published: August 09, 2012

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkata, MoU itu juga meliputi perkhidmatan perundingan serta khidmat nasihat antara Nafas dan Bank Rakyat.

"Melalui kerjasama ini, Nafas akan menerima faedah khidmat nasihat serta latihan dalam membangunkan pelbagai instrumen sistem kewangan, pelaburan dan perbankan berasaskan prinsip-prinsip syariah yang diaplikasikan di Bank Rakyat."

"Kepakaran Bank Rakyat mengurus dana ahli-ahlinya boleh dipelajari dan dijadikan contoh oleh Nafas," katanya.

LPP berkata Simpanan Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) boleh dijadikan sumber utama untuk Nafas memulakan program yang turut memberi peluang kepada ahli-ahli yang mampu untuk menyimpan di dalamnya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment