Friday, August 17, 2012

BSN Sumbang Zakat Perniagaan Kepada MAIPS

PADANG BESAR, 17 Ogos (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) menyumbangkan zakat perniagaan berjumlah RM60,727 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=688845
Published: August 17, 2012

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs menerima zakat perniagaan itu yang disampaikan Pengarah BSN Kedah/Perlis, Abdul Rani Saad.

Penyampaian zakat itu diadakan sempena program Hijrah Minda MAIPs yang diadakan di Masjid Bukit Chabang dekat sini. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Abdul Malik Hussin.

Sempena majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan sara hidup MAIPs dan bencana alam kepada 11 penerima di samping menyumbangkan karpet kepada surau Kampung Masjid.

Ketika bertitah di majlis itu juga, Raja Muda Perlis mengingatkan rakyat yang akan pulang berhari raya di kampung supaya mengutamakan keselamatan di jalan raya dengan memandu secara berhemah.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment