Monday, August 6, 2012

Bank SME jadi DFI patuh Syariah

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd. (Bank SME) bakal menjadi Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) pertama yang patuh Syariah menjelang 2015.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20120806/ko_02/Bank-SME-jadi-DFI-patuh-Syariah
Published: August 06, 2012

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, usaha itu adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam.

Menurut beliau, DFI itu kini sedang memperkukuhkan model patuh Syariah yang sudah pun dimulakan pada fasa pertama pelan pemulihan Bank SME sejak 2011.

Proses itu dimulakan dengan sistem operasi, teknologi maklumat dan latihan kepada kakitangan Bank SME, tambah beliau.

Katanya, setakat ini portfolio pinjaman Bank SME masih setara di antara produk komersial dan Syariah tetapi menjangkakan ia dapat diselesaikan pada suku kedua 2013.

Harapan saya Bank SME dapat menyediakan produk dan perkhidmatan 100 peratus patuh Syariah pada 2015," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Radzif menambah, peralihan Bank SME kepada patuh Syariah tidak akan menjejaskan peranan dan fungsi bank tersebut.

Sebaliknya, ia bakal memberi ruang dan peluang kepada Bank SME untuk terus membangunkan produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh industri perusahaan kecil dan sederhana.

“Model perniagaan ini diubah supaya ia selari dengan peranan kami sebagai pembangun produk dan penyedia perkhidmatan tertentu.

“Sudah tentu dengan peralihan ini membolehkan kami terus memainkan peranan aktif dalam pembangunan perusahaan kecil dan sederhanar," ujar beliau.

Dalam pada itu, Mohd. Radzif percaya, Bank SME akan terus memainkan peranan dalam Program Transformasi Ekonomi termasuk dalam projek Pusat Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang dan Pelaksanaan projek My Rapid Transit (MRT).

No comments:

Post a Comment