Thursday, August 9, 2012

Bank Rakyat Dapat Anugerah Bank Islam Paling Menguntungkan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) telah dianugerahi Bank Islam paling menguntungkan 2010/2011 daripada Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=686616
Published: August 09, 2012

Anugerah itu disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia Wan Mohd Nazri Wan Osman kepada Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Yusof Abdul Rahman pada majlis iftar anjuran AIBIM pada 7 Ogos.

Penganugerahan itu mengesahkan pengiktirafan yang turut diterima oleh Bank Rakyat daripada The Banker dalam Laporan 500 Institusi Kewangan Islam Terkemuka 2011 dan The Asian Banker melalui Kedudukan Bank Islam Global pada November 2011.

Bank Rakyat merupakan Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) pertama di Malaysia yang melaksanakan perbankan Islam sepenuhnya sejak 2003.

Bank itu merupakan bank koperasi terbesar dengan memiliki aset RM72.48 bilion pada akhir 2011.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment