Monday, August 13, 2012

Rompak bank guna bom

Alor Gajah: Sebuah bank di Masjid Tanah di sini, hampir musnah dibom sekumpulan lelaki yang dipercayai mahu melarikan wang dari mesin juruwang automatik (ATM), awal pagi semalam. Kejadian di Taman Bandar Baru, ketika kebanyakan penduduk perumahan itu bersedia untuk bersahur, kira-kira jam 3.30 pagi disedari selepas terdengar letupan kuat.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rompakbankgunabom/Article
Published: August 13, 2012

Anggota Unit Forensik membuat  pemeriksaan  selepas kejadian letupan bom di Masjid Tanah, semalam. - Foto Rasul Azli Samad  
Anggota Unit Forensik membuat pemeriksaan selepas kejadian letupan bom di Masjid Tanah, semalam. - Foto Rasul Azli Samad

Penduduk, Mohd Nazirul Mohd Nor, 26, yang tinggal berhampiran lokasi berkata beliau terkejut mendengar letupan kuat itu yang pada mulanya disangka guruh.

“Saya sedang berbual dengan abang, Mohd Nizam, 33, sementara menantikan waktu sahur sebelum tiba-tiba rumah kami bergegar akibat letupan itu.

“Saya meluru keluar dan melihat struktur bank itu hampir musnah. Serpihan kaca pecah berselerak di kawasan bank,” katanya ketika ditemui semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata, siasatan awal mendapati, empat lelaki menunggang dua motosikal cuba merompak bank berkenaan menggunakan bahan letupan bagi melarikan wang dari mesin ATM.

“Mereka dipercayai mensasarkan tiga mesin (ATM) di situ dengan dua daripadanya adalah mesin pengeluaran wang dan satu lagi mesin deposit tunai, namun letupan kuat itu menyebabkan penjenayah berkenaan melarikan diri,” katanya.

No comments:

Post a Comment