Sunday, June 16, 2013

Kecemerlangan Tabung Haji Jadi Model Organisasi Islam Negara Luar

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Kecemerlangan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai pengurus dana Islam terbesar negara menjadi model kepada organisasi Islam negara luar yang berminat untuk menubuhkan institusi sama di negara mereka.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/sp/newssports.php?id=956366
Published: Jun 16, 2013

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kejayaan itu terbukti dengan kehadiran wakil-wakil kerajaan antarabangsa yang berminat dengan modul tabungan, pengurusan haji dan pelaburan yang dilaksanakan TH selama ini.

"Saya banyak menerima ucapan tahniah daripada pemimpin seluruh dunia yang kagum dengan pencapaian LTH, termasuk daripada kerajaan Arab Saudi yang sering memuji dalam setiap perjumpaan," katanya semasa merasmikan Majlis Jalinan Emas TH sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun organisasi itu di sini, Sabtu malam.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Pengerusi TH Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Paduka Ismee Ismail.

eliau juga menyifatkan kerajaan telah mengambil keputusan tepat dengan menubuhkan sebuah organisasi khusus untuk membantu umat Islam menabung mengikut syariah dan menjamin status ekonomi mereka tidak terjejas dengan penjualan harta benda bagi mendapatkan wang halal bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.

Jamil Khir turut menasihatkan warga TH untuk terus memelihara dan memperkasakan badan itu supaya dapat mengekalkan prestasi yang membanggakan itu.

Pada majlis itu, Jamil Khir turut melancarkan logo baharu TH dan kapsul masa Jubli Emas yang mengandungi amanat beliau, Abi Musa Asa'ari dan Ismee kepadabarisan kepimpinan, pengurusan dan anggota TH pada 2038.

Seramai sembilan pekerja TH menerima Anugerah Khidmat Cemerlang yang disampaikan oleh Ismee.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment