MEKAH 28 Julai - Pihak pentadbiran Masjidilharam di sini sedang giat memasang batu marmar tahan panas di kawasan halaman masjid tersebut bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk mengerjakan haji dan umrah.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130729/lu_02/Batu-marmar-ditukar-untuk-keselesaan-jemaah
Published: July 29, 2013
Sebahagian pekerja giat menjalankan kerja-kerja menukar batu marmar
yang tidak menyerap haba di kawasan masjid Masjidilharam, Mekah. - Agensi
Akhbar Saudi Gazette melaporkan, pihak berkuasa memilih batu
marmar dari Kepulauan Thassos, Greece yang tidak menyerap haba dan
mengekalkan suhu sama pada waktu siang dan malam.
Kerja-kerja pemasangan batu marmar putih tersebut sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja.
"Pemasangan batu marmar ini akan membolehkan jemaah berjalan tanpa
memakai kasut di kawasan masjid walaupun cuaca panas atau sejuk
melampau,'' kata pihak berkuasa tersebut.
Terdahulu, pihak berkuasa Arab Saudi meningkatkan persediaan mereka
untuk menerima berjuta-juta jemaah dari seluruh dunia yang mahu
menunaikan umrah dan mengerjakan solat tarawih di Masjidilharam sempena
15 hari terakhir bulan Ramadan.
Jawatankuasa Pusat Haji yang di pengerusikan oleh Gabenor Mekah,
Putera Khaled Al-Faisal telah menilai semula persediaan yang dibuat
sebelum ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.
Beliau turut menggesa orang awam dan agensi swasta memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah.
Kira-kira lima juta jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi dianggarkan
membanjiri Masjidilharam untuk menunaikan umrah ketika bulan Ramadan
ini. - AGENSI
No comments:
Post a Comment