Friday, May 10, 2013

Exim Bank Sasar Peroleh 3-4 Projek Prasarana Di Indonesia Tahun Ini

Kuala Lumpur: Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan menyalur pinjaman bernilai RM73.2 juta kepada syarikat milik Malaysia, PT Senagan Energi bagi rekaan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan loji tenaga hidro di Indonesia.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/UnjursalurRM5bilion/Article/index_html
Published: May 10, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130510/ko_01/Exim-biayai-janakuasa-di-Aceh
Published: May 10, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=948557
Published: May 10, 2013


      Adissadikin Ali

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Adissadikin Ali berkata bank itu kini sedang dalam proses perundingan projek, sejajar dengan sasarannya untuk mengeluarkan pinjaman RM5 bilion tahun ini, dipacu terutamanya daripada pembiayaan projek prasarana di rantau Asean.

"Kami melihat Indonesia sebagai tempat yang memerlukan keperluan besar bagi elektrik dan itulah sebabnya mengapa selain daripada penjanaan elektrik biasa kami menyasar pengeluaran tenaga boleh diperbaharui," katanya sambil menambah negara itu memiliki sumber semula jadi yang besar bagi memenuhi peningkatan keperluan ini.

"Peningkatan permintaan akan disokong oleh pengeluaran bayaran pinjaman yang tinggi, yang disasarkan berkembang sekurang-kurangnya 30 peratus setahun sehingga 2015," katanya selepas majlis permeterian kerjasama antara Exim Bank dan PT Senagan Energi, di sini, Khamis.

Bank itu akan menyediakan pembiayaan berjumlah US$24.4 juta kepada PT Senagan Energi bagi reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyenggaraan stesen jana kuasa hidro sungai 10MW di Sungai Kreung Isep di Nagan, Aceh.

"Dengan pelaburan lebih US$30 juta, stesen jana kuasa hidro Kreung Isep itu akan memberi manfaat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi, pemulihan dan pembinaan semula Wilayah Aceh," katanya.

Perjanjian itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Perniagaan Exim Bank Md Harris Md Taib dan Pengarah Urusan PT Senagan Energi Datuk Mohd Zaini Abdullah, yang disaksikan oleh Adissadikin.

Projek tersebut dengan kos pembangunan berjumlah US$30.7 juta, dijadualkan memulakan pembinaan pada pertengahan Jun tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

"Kami menjangka ia beroperasi pada Ogos 2015," kata Assadikin.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment