Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BankRakyatjalinkerjasama/Article/index_html
Published: July 21, 2013
Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat Saliman Zainal berkata, mereka tertarik untuk turut serta sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara Bank Rakyat dan Harian Metro.
“Harian Metro sebagai akhbar terlaris di negara mempunyai sasaran yang selari dengan matlamat kami iaitu menghulurkan sumbangan kepada golongan tidak bernasib baik sempena Ramadan,” katanya ketika hadir ke Balai Berita di sini, semalam.
“Pembabitan Bank Rakyat dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebelum ini cukup besar. Malah, menerusi zakat perniagaan yang dibayar antara RM35 sehingga RM40 juta setahun, kami juga menghulurkan zakat itu kembali kepada golongan tidak bernasib baik mengikut negeri di seluruh negara,” katanya.
Katanya, menerusi penyertaan pertama kali Bank Rakyat untuk program Titipan Kasih ini, mereka menyumbang wang tunai RM3,000 bersama 600 beg cenderamata untuk diagihkan kepada penerima di tiga lokasi akan datang.
No comments:
Post a Comment