Wednesday, December 5, 2012

Bank SME sedia bantu usahawan Sarawak

BINTULU 4 Dis. - Penubuhan cawangan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di pusat bandar ini adalah selari untuk membimbing dan membangunkan usahawan negara. Menteri Muda Pelancongan negeri, Datuk Talib Zulpilip berkata, penubuhan cawangan bank berkenaan juga selaras pembangunan projek Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20121205/wb_04/Bank-SME-sedia-bantu-usahawan-Sarawak
Published: December 05, 2012

Katanya, antara perkhidmatan lain yang sedia ditawarkan kepada usahawan kecil dan sederhana adalah nasihat berkaitan pengurusan perniagaan, pemasaran dan promosi, pembangunan perniagaan, penjenamaan dan pelabelan.

"Kita harap dengan adanya Bank SME ini, usahawan di bahagian Bintulu akan mengambil peluang menggunakan kemudahan yang ditawarkan untuk mengembangkan perniagaan.

"Pembukaan Bank SME di sini juga membuktikan golongan usahawan di negeri ini berjaya meyakinkan pihak bank bahawa mereka merupakan golongan peniaga yang berdaya saing," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian cawangan baharu Bank SME di Medan Raya di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan 50 hamper dan 20 basikal kepada pelajar kurang berkemampuan dan golongan ibu tunggal di bahagian Bintulu.

Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak berkata, selain pembiayaan, usahawan juga akan diberikan khidmat nasihat dan perundingan kewangan bagi melancarkan perniagaan mereka.

Selain itu katanya, beliau percaya sektor keusahawanan di negeri ini akan berkembang maju dengan kewujudan Bank SME tersebut.

No comments:

Post a Comment