Friday, September 21, 2012

BSN serah pampasan RM13,939

BACHOK 20 Sept. - Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menyampaikan pampasan insurans berjumlah RM13,939 kepada keluarga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nipah, Allahyarham Mohamad Fahmin Yasin, 17, yang meninggal dunia pada 27 April lalu.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20120921/wt_04/BSN-serah-pampasan-RM13939
Published: September 21, 2012

Allahyarham Mohamad Fahmin meninggal dunia akibat lemas semasa mandi di pantai Kampung Nipah.
Pampasan itu diberi di bawah Kelab Penabung Muda (KPM) dan Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) BSN yang disertai oleh Allahyarham.

Pengarah BSN Negeri Kelantan, Mohd. Azian Abu Samah menyampaikan wang pampasan itu kepada ibu Allahyarham, Rohani Mat Daud di SMK Sri Nipah dalam satu majlis hari ini.

Mohd. Azian dalam ucapannya berkata, setakat ini 80,000 pelajar di seluruh negara telah mendaftar sebagai ahli KPM BSN.


Katanya, mereka yang mendaftar sebagai ahli diberikan beberapa keistimewaan seperti diskaun pembelian buku, peluang menyertai seminar peperiksaan, klinik sukan, diskaun kemasukan ke taman tema air dan perlindungan insurans.

"Pelajar yang mendaftar sebagai ahli KPM dilindungi insurans dan pampasan akan diberikan kepada keluarga mereka sekiranya berlaku kematian," katanya di sini.

Menurut Mohd. Azian, wang pampasan yang diberikan merupakan 10 peratus daripada jumlah simpanan ahli dan RM3,000 lagi adalah khairat kematian.

Menurutnya, BSN telah menyediakan peruntukan sebanyak RM181,000 sebagai insentif kepada pelajar yang menyertai KPM bank itu.

No comments:

Post a Comment