AGROBANK memperkenalkan satu produk pelaburan baru yang dikenali sebagai ‘Fixed Return Investment Account-i’ atau FRIA-i.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AgrobankperkenalFRIA-i/Article/index_html
Published: September 03, 2012
FRIA-i menawarkan pulangan dengan kadar tetap berasaskan kepada
konsep syariah ‘komoditi murabahah’ dan ia ditawarkan kepada individu
dan bukan individu yang layak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Produk pelaburan yang berkonsepkan Perbankan Islam ini juga satu
inisiatif Agrobank ke arah melaksanakan sistem Perbankan Islam
sepenuhnya menjelang tahun 2015. Menurut Presiden/Ketua Pegawai
Eksekutif Agrobank, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, FRIA-i adalah produk
unik yang bakal memberikan kelebihan yang signifikan kepada pelanggan
Agrobank apabila keuntungan dari pelaburan boleh dibayar secara
terdahulu (upfront payment).
Tambah beliau lagi, FRIA-i
Agrobank juga istimewa kerana peniaga dan pengusaha dapat memanfaatkan
produk ini dengan menjadikan pulangan yang diperoleh sebagai modal
pusingan tanpa perlu mengeluarkan pelaburan asal.
Selain itu, kadar keuntungan FRIA-i ditetapkan bank melalui akad
semasa pembukaan akaun sepanjang tempoh pelaburan. Bermula dengan
minimum RM5,000 bagi pembukaan akaun pelaburan, para pelanggan dapat
menikmati kadar keuntungan semasa yang kompetitif.
No comments:
Post a Comment