Friday, December 14, 2012

Bank Rakyat tambah cawangan ke-137

BANK Rakyat membuka cawangan ke-137 di Putatan, sekali gus menjadi cawangan yang ke-12 di Sabah. Tahun ini, Bank Rakyat telah membuka dua cawangan baru iaitu di Kerteh (Terengganu) dan Kota Marudu (Sabah) serta bercadang untuk membuka tiga lagi cawangan di Cyberjaya, Desa Sri Hartamas, dan Nusajaya (Johor).

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-rakyat-tambah-cawangan-ke-137-1.112699
Published: December 14, 2012

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BankRakyatbukacawanganke-137/Article/index_html
Published: December 14, 2012

Bank Rakyat turut menjalankan kempen simpan dan menang yang menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM716,000.00 dan kempen mega langgan dan menang yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan seperti Proton Preve.

Orang ramai hanya perlu melanggan mana-mana produk pembiayaan perumahan-i Manzili, pembiayaan kenderaan-i, pembiayaan mikro-i, pajak gadai-i, akaun simpanan-i serta produk deposit.

Bank Rakyat menawarkan pelbagai produk dan kemudahan perbankan Islam seperti akaun simpanan-i nuri, akaun simpanan-i tawfir, akaun deposit-i makeen, pajak gadai-i ar-rahnu / az-zahab, pembiayaan peribadi-i 1Aslah, pembiayaan kenderaan-i AnNaqlu, pembiayaan perumahan-i Manzili, kad kredit-i, kemudahan pembayaran pelbagai bil utiliti, pembayaran zakat, perkhidmatan Tabung Haji serta kiriman wang Western Union.

No comments:

Post a Comment