Friday, December 21, 2012

Agrobank buka lima cawangan

Agrobank optimis akan membuka empat hingga lima cawangan baru di seluruh negara dengan anggaran perbelanjaan RM200,000 sehingga RM400,000 tahun depan.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/agrobank-buka-lima-cawangan-1.114270
Published: December 21, 2012

Agrobank buka lima cawangan
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima zakat 
perniagaan Agrobank bagi tahun 2011 daripada Presiden dan Ketua 
Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd Fadzmi

Ketua Eksekutifnya, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, sehingga kini, Agrobank mempunyai 184 cawangan seluruh negara serta menyediakan perkhidmatan kewangan dan perbankan kepada mereka terlibat dalam bidang pertanian.

Menurutnya, syarikat juga optimis mempelbagaikan produk pinjaman khususnya di peringkat pertengahan dan hiliran seperti perkhidmatan, pengeluaran makanan, pengedaran dan peruncitan.

“Agrobank fokus pada pertanian asas dan dominan dalam agihan pasaran sama serta sedang mengkaji untuk pergerakan peringkat pertengahan dan hiliran yang sebelum ini kurang aktif.

“Syarikat tetap yakin mengekalkan pencapaian walaupun ekonomi dunia dijangka lebih mencabar tahun depan iaitu sekitar 8 hingga 9 peratus,” katanya pada majlis penyerahan cek zakat perniagaan
berjumlah RM62,821.18 kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Wan Mohd Fadzmi berkata, Agrobank mencatatkan keuntungan RM410 juta tahun lalu.

Menurutnya, Agrobank sedang merangka dasar bagi memastikan semua produk dan perkhidmatan menggunakan prinsip syariah sepenuhnya.

“Agrobank kini berada pada landasan betul untuk melaksanakan perbankan Islam sepenuhnya menjelang 2015.

“Kebanyakan pinjaman memenuhi prinsip syariah tetapi masih mempunyai stok pinjaman yang dahulunya di bawah konvensional dan kini dalam proses menukarkannya kepada aset Islam,” katanya.

No comments:

Post a Comment