KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN)
dinamakan sebagai Pengusaha Takaful Terbaik (Asia) pada Anugerah
Perniagaan dan Kewangan Islam 2012 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu
baru-baru ini.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/prubsn-dinobat-sebagai-pengusaha-takaful-terbaik-asia-1.115156
Published: December 24, 2012
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=917355
Published: December 24, 2012
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PruBSNpengusahatakafulterbaik/Article/index_html
Published: December 25, 2012
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Azim Mithani,
berkata PruBSN memenangi anugerah itu berdasarkan prestasi kewangannya
yang kukuh dan inovasi produk.
"Kami terus memberikan tumpuan kepada usaha membina profesionalisme,
kepada perkhidmatan pelanggan dan inovasi produk, dan pada masa yang
sama meneroka saluran-saluran pengedaran alternatif, serta giat
memanfaatkan kemajuan pesat teknologi sebagai pemacu pertumbuhan
baharu," katanya.
Beliau berkata anugerah itu merupakan satu pengiktirafan penting bagi
PruBSN dalam usahanya untuk menyediakan penyelesaian kewangan dan
perlindungan patuh syariah bertaraf dunia bagi semua.
Azim berkata antara inovasi yang dirintis oleh PruBSN dalam industri
takaful ialah menjadi yang pertama menawarkan pelan berkaitan pelaburan
caruman tetap, merintis pelancaran kad perubatan tanpa tunai dan
menyediakan bonus tiada tuntutan ke atas pelan perubatan.
Syarikat itu juga merupakan yang pertama memperkenalkan pelan khusus
bagi umat Islam, yang memenuhi tuntutan rohaniah dan perlindungan
kewangan.
Dalam tempoh lima tahun selepas penubuhannya, PruBSN telah menguasai 29
peratus agihan pasaran dengan caruman tahunan bersamaan RM231 juta,
kata Azim.
Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam yang dianjurkan oleh syarikat
penerbitan berpangkalan di Dubai, CPI Financial, itu bertujuan
mengiktiraf institusi kewangan Islam berprestasi terbaik di seluruh
dunia.
Sejak 2005, acara tahunan itu telah menarik penyertaan global daripada
lebih 235 institusi dan produk kewangan di Eropah, Amerika, Afrika,
Timur Tengah dan Asia. - Bernama
No comments:
Post a Comment