KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Filipina berminat mewujudkan kerjasama
dengan Malaysia dalam soal pengurusan haji untuk masyarakat Islamnya,
kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=915290
Published: December 14, 2012
Beliau berkata hasrat itu disampaikan Setiausaha Suruhanjaya Kebangsaan
Masyarakat Islam Filipina (NCMF), Mehol Sadain setelah melihat kebolehan
dan pengalaman Malaysia melalui Tabung Haji.
"Saya difahamkan tahun ini kira-kira 11,000 (permohonan) visa haji
diterima, namun mereka tidak mampu menguruskan kesemuanya kerana
beberapa kekangan termasuk melibatkan urusan penerbangan," katanya.
Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis
kesyukuran sempena tamatnya Operasi Haji Musim 1433 Hijrah di Menara
Tabung Haji di sini. Terdahulu, beliau menerima kunjungan Mehol Sadain.
Pihak Filipina, katanya, turut menghadapi masalah dalam soal pengurusan
penginapan di Mekah dan Madinah memandangkan ia memerlukan belanja awal
untuk membuat tempahan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment