Tuesday, December 4, 2012

BAAC minat bertukar idea dengan Agrobank

BANK For Agricultural and Agricultural Cooperatives Thailand (BAAC) berhasrat memperluaskan pertukaran idea operasi perbankan dengan bank pertanian di Malaysia, Bank Agro Bhd (Bank Agro) menerusi kerjasama kesatuan bank serantau yang pernah dilaksanakan sejak sepuluh tahun lalu.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BAACminatbertukaridea/Article/index_html
Published: December 04, 2012

BAAC yang mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh Thailand dengan penguasaan pasaran dua peratus setakat ini tidak berhasrat memperkembangkan rangkaiannya di negara ini.

Timbalan Presiden Kanannya, Wirat Wanittanakul berkata, kerjasama pertukaran idea antara Bank Agro dan BAAC lebih tertumpu kepada latihan dan operasi pengurusan perbankan memandangkan keduanya menawarkan sistem kewangan khas kepada pertanian.

Katanya, perkembangan industri pertanian di negaranya dan Malaysia membolehkan kedua-dua pihak berkongsi idea untuk memajukan sektor perbankan pertanian kepada orang ramai.

“Kami melihat pertukaran maklumat dan idea di antara bank di Thailand serta Malaysia dapat memperkukuhkan hubungan akrab dua negara dan juga sistem perbankan serantau terutama dalam pertanian.

“Setakat ini, dari segi kerjasama perkongsian maklumat di Malaysia kami hanya berurusan dengan Agro Bank dan belum ada perancangan terdekat untuk menjalinkan usahasama dengan bank lain di sini,” katanya ketika melawat gerai pameran Agro Bank di Maha 2012, Serdang, minggu lalu.

Katanya, hasil lawatannya ke Maha 2012 mendapati Malaysia mempunyai kualiti pengeluaran biji benih pokok kelapa sawit berkualiti yang boleh digunakan dan dikembangkan di Thailand pada masa depan.

“Sektor pertanian Malaysia yang berkembang pesat dan pembangunan pelbagai teknologi membolehkan kami memberi cadangan kepada pelanggan BAAC untuk menjadikan Malaysia lokasi mendapatkan produk pertanian berkualiti,” katanya.

No comments:

Post a Comment