Saturday, December 1, 2012

SME Bank KK Lulus Pembiayaan RM793.2 Juta Sejak 2005 Hingga Oktober Tahun Ini

KOTA KINABALU, 30 Nov (Bernama) -- Bank Perusahan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) Cawangan Kota Kinabalu meluluskan 492 pembiayaan berjumlah RM793.2 juta sejak 2005 hingga Oktober tahun ini, kata Pengerusi SME Bank Datuk Gumuri Hussain.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=712885
Published: December 01, 2012

Dari Januari hingga Okt tahun ini sahaja, katanya cawangan SME Bank itu meluluskan 74 pembiayaan yang berjumlah RM87.4 juta.

Bagi peringkat nasional, Gumuri berkata SME Bank telah meluluskan 9,393 pembiayaan berjumlah RM15.96 bilion sepanjang tempoh antara 2005 dan Oktober tahun ini.

"SME Bank dengan bantuan kerajaan menyediakan pelbagai produk dan menawarkan dana yang khusus untuk membantu para usahawan dari peringkat memulakan perniagaan hinggalah mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

"Ini adalah tanda sokongan padu SME Bank kepada usaha untuk membangunkan usahawan di Malaysia," katanya ketika merasmikan Pusat Enterpris Kota Kinabalu di Kepayan Perdana, dekat sini Jumaat.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment