KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd
(Bank Rakyat), membuka cawangan ke-137 di Putatan Sabah pada Rabu, yang
merupakan cawangan ke-12 di Sabah.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=915217
Published: December 14, 2012
Pada tahun ini, Bank Rakyat telah membuka dua cawangan baharu di Kerteh,
Terengganu dan Kota Marudu, Sabah serta bercadang untuk membuka tiga
cawangan, iaitu di Cyberjaya, Desa Sri Hartamas, dan Nusajaya, Johor.
Bank itu, yang menawarkan pelbagai produk dan kemudahan pelanggan
perbankan Islam, kini menjalankan Kempen Simpan & Menang, yang
menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM716,000 dan Kempen Mega Langgan
& Menang yang turut menawarkan hadiah lumayan seperti sebuah Proton
Preve.
Para pelanggan yang berminat untuk mendapat maklumat lanjut mengenai
kempen dan produk terkini boleh mendapatkannya dengan melayari
www.bankrakyat.com.my, atau menghubungi tele-RAKYAT 1-300-88-1BANK
(12265) atau kunjungi Facebook atau Twitter/myBankRakyat.
Bank Rakyat mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi sembilan bulan
pertama berakhir 30 September 2012 dengan meraih keuntungan sebelum
cukai dan zakat RM1.62 bilion, meningkat 8.1 peratus berbanding RM1.5
bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment