Thursday, December 13, 2012

BSN Unjur Pertumbuhan Bersih 50 Peratus Daripada RM260 Juta Jumlah Simpanan Terkumpul SGSP

PUTRAJAYA, 12 Dis (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) mengunjurkan pertumbuhan bersih 50 peratus daripada RM260 juta jumlah simpanan terkumpul untuk Skim Galakan Simpanan Pelajar-pelajar (SGSP), tahun hadapan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=914909
Published: December 13, 2012

Ketua Eksekutifnya Datuk Adinan Maning berkata jumlah simpanan BSN tahun ini sahaja telah mencecah RM86 juta sehingga bulan November.

"Pada tahun ini sebanyak lebih 3,800 buah sekolah dengan seramai 400,000 murid dari seluruh negara, menyertai pertandingan SGSP di peringkat kebangsaan," katanya kepada pemberita pada majlis penganugerahan wang tunai kepada pemenang SGSP, di sini Rabu.

"Ini merupakan angka yang amat baik kerana ia menunjukkan bahawa sikap bersaing secara sihat menerusi amalan menabung dapat memberi manfaat kepada anak-anak kita," katanya.

Tahun ini, pertandingan SGSP peringkat kebangsaan menawarkan hadiah wang tunai lebih RM180,000, atau bersamaan 70 hadiah yang dibahagikan dalam dua kategori utama iaitu individu dan sekolah.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment