Sunday, December 30, 2012

'Jelajah Dagang' bantu usahawan PKS tempatan (SME Bank)

KUALA LUMPUR -  SME Bank akan menganjurkan program Karnival Usahawan SME Bank 2012 kali ke-2 di Dataran Bandaraya Ipoh, Perak. Karnival tiga hari ini akan dirasmikan Menteri Kewangan II, Dato’ Sri Ahmad Husni Hanadzlah.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/jelajah-dagang-bantu-usahawan-pks-tempatan-1.114978
Published: December 24, 2012

'Jelajah Dagang' bantu usahawan PKS tempatan
Penganjuran karnival ini bertepatan dengan mandat SME Bank membantu dan membimbing usahawan PKS sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara.

Objektif karnival adalah untuk menyediakan peluang kepada usahawan khususnya di Ipoh  mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada umum.

Ipoh merupakan destinasi kedua karnival ini selepas Kota Kinabalu pada Mei yang lalu. Terdapat pelbagai aktiviti yang dirangka sepanjang program bertujuan untuk menarik minat penduduk sekitar Ipoh.

Antara tarikan utama ialah jualan produk PKS daripada usahawan SME Bank sendiri di samping sesi perkongsian ilmu oleh usahawan-usahawan berjaya seperti Farrah Adeeba Mohamed Asyraf, pengacara televisyen dan pengasas Najjah.com, Angkasawan Negara, Mejar Faiz Khaleed dan Klinik Usahawan.

Di samping penganjuran karnival ini, SME Bank turut menganjurkan Seminar Permaufakatan Peserta Program Kompleks Premis Usahawan SME Bank 2012.

Seminar dianjurkan sebagai platform untuk SME Bank dan peserta Kompleks Premis Usahawan berkongsi maklumat penambahbaikan program kompleks ini.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai medan untuk para peserta Kompleks Premis Usahawan untuk bertukar-tukar pengalaman dan mewujudkan jaringan rangkaian  sesama peserta.

SME Bank berharap karnival ini akan membantu membentuk pasaran yang lebih luas kepada usahawan PKS di Malaysia selain daripada menyediakan peluang perniagaan kepada pelanggan SME Bank.

No comments:

Post a Comment