SEPANG, 20 Dis (Bernama) - Agrobank kini berada pada landasan yang betul
untuk melaksanakan sepenuhnya perbankan Islam menjelang 2015, kata
Ketua Eksekutifnya, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman Khamis.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AgrobankamalperbankanIslammenjelang2015/Article/index_html
Published: December 21, 2012
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121221/ko_02/Agrobank-di-landasan-betul
Published: December 21, 2012
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=916712
Published: December 21, 2012
Source from (Kosmo): http://www.agrobank.com.my/image/image_gallery?uuid=3ef2d99f-e1c0-49c8-b6a5-08966b8c278d&groupId=56901&t=1356321208793
Published: December 21, 2012
Beliau berkata Agrobank sedang merangka dasar-dasar untuk memastikan semua produk dan perkhidmatan akan menggunakan prinsip syariah sepenuhnya.
"Sekarang, kebanyakan pinjaman sudah memenuhi prinsip syariah tetapi masih ada stok-stok pinjaman yang dahulunya di bawah konvensional dan kita dalam proses untuk menukarkannya kepada aset Islam."
"Kita yakin untuk melaksanakan sepenuhnya perbankan Islam menjelang 2015," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum itu, Wan Mohd Fadzmi menyerahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM62,821.18 kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perlis dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIP), Abd Malik Hussin dan Pengurus Besar Baitumal Perlis Ustaz Mohd Nazim Mohd Noor.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment